3.25.2008

Hanyalah Sementara...


Ada kalanya tiba masa-masa sulit yang membuat hidup terasa penuh kepedihan dan keluh kesah, Namun, pada saatnya jua tibalah masa-masa kegembiraan; yang membuat hidup terasa ringan dan terang, Tanpa sedar bibir kita basah dengan senyuman. Sesungguhnya kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, keriangan dan emosi-emosi lainnya hanyalah sementara, sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang. Tidak selamanya kesedihan, kekecewaan dan kegembiraan melanda anda. semua itu datang silih berganti, tanpa selalu dapat dinanti. yang perlu anda fahami adalah kesementaraan ini. kesementaraan menunjukkan bahawa emosi-emosi itu bukanlah milik anda. Ia hanya sebuah tawaran dari alam yang menyokong tindakan dan sikap anda. Ia bukanlah anda. Saat gembira, sedarilah kegembiraan itu. Saat sedih fahamilah kesedihan itu. Saat anda penuh dengan kesedaran akan emosi anda, saat itu anda bersentuhan dengan jiwa yang tenang milik anda.